Visi dan misi TV_AlHijrah

Ibu pejabat TV Alhijrah di Kuala Lumpur.

Secara dasarnya stesen televisyen TV AlHijrah ini ditubuhkan bagi mendokong aspirasi pihak kerajaan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama anutan menerusi penerbitan rancangan-rancangan yang berimpak tinggi, sohor kini, terkini, penarafan tinggi, mencapai serta mendidik, menyalurkan maklumat dan menghiburkan. Ini selari dengan visi TV AlHijrah iaitu menjadi peneraju penyampaian nilai-nilai Islam serta misinya untuk menerap kefahaman Islam serta menyatupadukan Ummah.